Apakah Arti Tajhiz Mayat

Artikel Islam - Tajhiz mayat ialah sempurnakan mayat iaitu mayat diurus dari saat meninggalnya sehingga selamat dikebumikan. Mentajhizkan mayat merupakan fardu kifayah atas masyarakat Muslim di satu wilayah atau kawasan.

Apakah Arti Tajhiz Mayat

Arti fardu kifayah. 
Fardu kifayah adalah satu kewajipan yang dipikul sacara umum. Tidak perlu setiap orang mengetahui perkara yang diwajibkan itu, cukup jika seorang sahaja yang tahu melakukannya. Tetapi jika tiada seorang pun yang tahu maka kesemua anggota masyarakat Muslim di situ akan menanggung dosa.

Wajib fardu kifayah atas orang Islam menyempurnakan ke atas mayat 4 perkara:-
a) Memandikan
b) Mengkafankan
c) Sembahyangkan
d) Menguburkan

Siapakah mereka yang dibolehkan menguruskan mayat?
Mereka yang boleh menguruskan mayat ialah seperti berikut:
1. beragama Islam
2. sudah baligh
3. jujur dan amanah
5. tahu tentang pengurusan mayat

Wanita yang sedang haid dibolehkan mengurus mayat wanita
Sebaik-baik yang menguruskan mayat ialah keluarga terdekat si mati.
Suami boleh memandikan jenazah isterinya dan isteri juga boleh memandikan jenazah suaminya.

Mereka yang tidak boleh menguruskan mayat ialah :
1. Orang fasiq
2. Musuh kepada si mati
3. Orang yang menyebabkan kematian si mati
4. Orang yang berakhlak buruk

Orang yang mengurus mayat diwajibkan tidak menceritakan apa-apa cela yang dilihat pada mayat.